flying maples left


~MY MR. DIARY (Fr0gGY bL0G)~

...Fr0gGY bL0G..

segala yang bakal tercoret dan dicoretkan, hanya sebagai renungan dan cerita semata from da experiences, tanpa ada kaitan ngan mane-mana pihak...(^,~)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary tickers


Apr 20, 2009

Iktibar...~isteriku Nurjannah~

Isteriku Nurjannah...Ambil iktibar...

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya,
sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka
dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku
tidak pernah dipersoalkan.
Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan,
aku lihat ada titisan air
mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya
selain darimengingati aku tentang nafkah anak-anak kami
yang seramai lima orang.
Dia meninggalkan perkarangan mahkamah,
setelah sedikit sesi kaunseling selesai.
Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman
yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan,
mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu.
Aku meneruskan niatku mengahwini
Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku
memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku.
Cuma di kala itu aku
kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan.
Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari
awal memanggil aku ayah.
Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja
membuatkan ramai
lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.
Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang
ditakdirkan ada jodoh,
kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah
saudara maramenentang hebat kemahuanku.

Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.
Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya.
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling
bertuah menjadi pilihan Nurjannah.
Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang.
Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak
walau aku kurang
membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya.
Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya.
Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk
anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.
Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun.
Semua itu Nurjannah yang ajarkan.
Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun.
Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.
Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun
diuruskan oleh Nurjannah.

Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stoking,
Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya,
segelas minuman telah tersedia di ruang rehat.
Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau
menghantarnya ke pasar.
Katanya, dia boleh pergi sendiri.
Selama sebelas tahun hidup bersamanya,
Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama.
Bila kami diberi bonus
tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah
kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan
untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan.
Untuk kegunaan masa depan katanya.
Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut
untuk perkahwinanku dengan Normi,
barulah aku merasai segala masalah seperti yang
dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak
perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah
ditelan jua. Apatah lagi
aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku
memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah
Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang
sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang
perbelanjaan anak-anak.
Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya.
Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak
pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali
kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium
tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.
Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman
mesranya. Dia pernah meminta
izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami.
Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat
tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya.
Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya
apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah.
Namun dia hanya menggeleng kepala.
Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku
setelah aku berkahwin lain. kelima-lima anakku dengan
Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara
kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa.
Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.
Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah
menjejaki menara gading.
Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat
jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula
pegawai di jabatan kerajaan,
Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan
majlis konvokesyennya akan
diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan
Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya.
Seingat aku telah dua
bulan aku tidak menjengah Nurjannah.
Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku
seperti dulu-dulu.
Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya,
namun sukar untuknya menunjukkan
rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa
erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang
suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang.
Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku
tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini
memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.
Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah
tidak mampu untuk berlaku
adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku,
udang masak lemak cili padi.
Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan
sunyi sepi.
Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik
menyuap nasi ke mulut.
Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri
bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati,
aku terlalu lama rindukan gelak tawa
Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan
punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam
aku duduk-dudukdi ruang tamu di samping
Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur
satu sampul surat berwarna
jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad
undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak.
Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir
terlepas dari tanganku.
Aku terpempan. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak
rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti
atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang
dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan
yang wajar darinya.
"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan
rela hati menandatangani borang permohonan poligami,
Jannah harap abang juga boleh
melakukannya sekarang," pintanya dengan suara
yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.
Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan
yang telah kau lakukan.
Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu.
Nurjannah, barangkali
beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi..
'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini
pun Jannah hanya
tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu
lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan
Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak
mahu jadi isteri derhaka apabila
kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita
pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri,"
Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang
riak api kebencian kepadaku.
"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk
hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza.
Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama.
Sehinggalah Fariza bersuara.
"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah,
tapi kalau ayah pergi nanti,
siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal
mak cik Normi sorang-sorang."
"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang
tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan
yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi,
hati Jannah tetapterluka. Tanda tangan borang tu bang,"
pinta Nurjannah sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat
pernah memanahi pendengaranku dan beban yang
teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering
dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah
yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang
aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada.
Aku jatuh terduduk.

p/s: Sesal dulu pendapatan.......sesal kemudian...ini lah jadi nye...

"nEver take sumwan f0r granted..
h0ld every pers0n cl0se t0 ur Heart..
coz U might waKe up 0ne day,
n realizE dat U hEv lost a Diam0nd..
whilE u're t0o bzi collecT'g Stoness..."


No comments:

Post a Comment